Ramai orang yang pandai dan berkemahiran tinggi gagal dalam perniagaan atas dua sebab yang utama. Iaitu kerana mereka terlalu pandai dan cepat bosan.
Mereka ini (bukan anda) akan memulakan perniagaan A, dan kemudian selepas 6 bulan mereka akan berkata.
"Aku rasa aku tersalah masuk dalam perniagaan ini, ia tidak seperti yang aku sangka. OK. Jom tukar bisnes"
Maka orang ini akan memulakan perniagaan kedua, selepas 6 bulan, perniagaan kedua pun akan menerima nasib yang sama.
Selepas 10 tahun, orang ini telah pun menjalankan 20 jenis perniagaan dan akan berbangga.
"Bisnes apa yang aku tak pernah buat ??? Semua bisnes aku pernah ceburi. Aku pernah buka bisnes restauran, bisnes travel, bisnes kedai buku, bisnes pakaian dan bla bla bla"
Namun selepas 10 tahun, tidak ada satu bisnes pun yang pernah berjaya.
Kenapa ini terjadi ? kerana orang ini terlalu pandai dan cepat bosan.
Biasanya apabila kita memulakan satu-satu perniagaan, kita perlukan masa yang panjang untuk maju dan mendapat keuntungan.
Ramai yang berfikir, bila dah start berniaga bermakna anda akan berenang dalam lautan duit. Ini mitos.
Untuk maju dan kekal dalam satu-satu perniagaan, kita perlu kekal di dalamnya dalam tempoh masa yang lama. Apa yang kita dapat dengan kekal dalam satu perniagaan dalam tempoh masa yang lama ?
1. Kita dapat membina pelanggan yang ramai.
2. Kita dapat tahu mengenai pasaran.
3. Kita dapat belajar kehendak pelanggan.
4. Kita dapat belajar pengurusan kewangan
5. Kita belajar kaedah pemasaran yang paling sesuai
6. Kita dapat membina hubungan dengan media
Yang paling penting, adalah nama kita akan terpahat di hati pelanggan. Dengan ini, pelanggan kita akan menjadi ejen pemasaran kita yang terbaik.
Contoh terdekat adalah diri saya sendiri, apabila saya memulakan perniagaan Kursus Memborong ke China 3 tahun yang lepas. Saya adalah pioneer dan sebelum itu belum terdapat kursus sebegini. Sepanjang 3 tahun ini, sudah banyak kali saya merancang untuk menghentikan perniagan dengan alasan untuk beralih angin atau beribu alasan lain.
Namun saya bernasib baik, setiap kali saya merancang ingin menukar perniagaan, ada saja pelanggan lama saya atau rakan media saya menghubungi dengan peluang-peluang yang baru. Ini menyelamatkan saya.
Kembali kepada topik kita, apabila nama kita terpahat di hati pelanggan, apabila mereka sebut saja mengenai perniagaan kita, mereka akan menyebut dan mempromosikan nama kita kepada pelanggan mereka.
Promosi mulut ke mulut adalah promosi yang terbaik. Ini kerana manusia diciptakan dengan ciri yang suka berkongsi pengalaman.
Jadi jika pelanggan anda mendapat pengalaman yang baik dan berpuas hati dengan layanan anda, dia pasti akan bawa 10 orang pelanggan dan 10 orang pelanggan ini adalah sumber keuntungan perniagaan anda.
Namun AWAS !!! anda juga perlu ingat, pelanggan anda juga boleh menjadi ejen perosak perniagaan anda. Jika mereka mengalami pengalaman buruk dengan perniagaan anda, mereka akan ceritakan ini kepada 100 orang.
Jadi tips kali ini adalah
1. Kekal lama dalam satu-satu perniagaan.
2. Puaskan hati pelanggan anda.
3. Sentiasa belajar dan tambah baik perniagaan anda.
0 pendapat:
Post a Comment