Islam Itu Indah

Lembaran Kasih

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Bercinta Dengan Suami Orang



Assalamualaikum w.b.t. Saya seorang perempuan yang bercinta dengan suami orang, tetapi pada asalnya lelaki itu teman lelaki saya 7 tahun yang lalu.
Secara jujurnya kami sudah terlanjur. Kami telah lama ingin memasang niat untuk mendirikan rumah tangga dan saya rela menjadi isteri kedua kerana terlalu sayangkan lelaki itu.
Tetapi masalahnya sekarang isterinya tidak membenarkannya sedangkan isteri dia tahu kami sudah terlanjur. Keluarga lelaki itu sendiri telah berjanji untuk satukan kami tetapi tentangan hebat daripada isteri dan keluarga isterinya memnyebabkan hasrat kami tak terlaksana.
Apakah berdosa isterinya menghalang sedangkan tahu kami telah berzina? Kami dah cuba untuk menghalalkan hubungan ini tetapi ada masalah.
Apa yang harus saya lakukan?
Pinkypooh
Assalamualaikum Warahmatullah.
Pertama sekali, saudari perlu bertaubat daripada kesalahan zina tersebut. Moga-moga dengan taubat itu maka Allah Taala akan mempermudahkan lagi urusan saudari. InsyaAllah.
Sememangnya perkahwinan merupakan hak yang boleh diputuskan oleh seseorang lelaki. Jika dia telah mempunyai isteri, secara ringkasnya isteri tersebut tidak mempunyai hak secara mutlak untuk menghalang perkahwinan tersebut.
Namun sebagai seorang Islam yang mementingkan akhlak dan adab sopan, perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak dilihat lebih baik ketika berhadapan dengan situasi sebegini.
Wallahualam.

0 pendapat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN